• Jonathan Shiek

Jennie Sambut Birthday Ke-25 Tahun Dengan Buka Saluran Youtube Barunya

Jennie Blackpink baru saja meraikan hari jadinya yang ke 25 tahun pada 16 Januari lalu. Pada masa yang sama Jennie Kim atau dikenali sebagai Jennie telah membuka saluran Youtube rasmi miliknya yang diberi nama Jennierubyjane Official.

Dalam tempoh tiga hari saja, bintang terkenal dari Korea Selatan telah memiliki lebih 3.18 juta langganan. Jarang dilihat artis di Korea Selatan mempunyai akaun Youtube rasmi sebenarnya. Tindakan tersebut, Jennie melakukan untuk mendekatkan dirinya kepada peminat dengan berkongsi aktiviti hariannya.


Sumber: Jennierubyjane Official

Video pertamanya begitu mendapat perhatian ramai dari peminatnya. Malah kini no.1 trending di Malaysia buat masa sekarang. Hebatkan! 

Jennie juga nyanyikan lagu Mandy Moore When Will My Life Begin? Yang diambil dari filem Tangled. Jennie mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang banyak menyokong kariernya selama ini, juga akan lebih kerap mengemas kini banyak video pada masa akan datang.


Sumber: Jennierubyjane Official

Korang boleh tonton video Jennie di bawah ini untuk mengetahui kehidupan seharian yang dilakukan olehnya. Selamat menonton!




#blackpink #jennie

0 views0 comments