• Jonathan Shiek

Jennie BLACKPINK Terharu, Pengikut Youtube Cecah 5 Juta

Salah seorang dari kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie, telah memulakan akaun Youtube sejak dua minggu lalu. Ia mendapat sambutan yang tinggi dari para peminatnya dan pernah menjadi Trending.No 1 di Malaysia pada ketika itu. Kini, pengikutnya di saluran Youtube sudah mencecah lima juta pengikut.

Kredit foto: AllKpop

Kata Jennie di akaun Instagram miliknya, “rasa berterima kasih kerana mendapat sambutan yang luar biasa dan terima kasih juga kepada korang yang sudi menyokong video saya. Terima kasih kerana menyukai Youtube saya yang tak seberapa ini”.

Kalau korang masih tak tahu lagi atau tak pernah lihat lagi video Jennie di saluran Youtube, korang boleh klik disini untuk menonton videonya. Video pertamanya dibuat sebagai hadiah untuk peminatnya, dalam video berkenaan Jennie merakamkan aktiviti harian seperti mengemas rumah, bermain dengan anjing kesayangannya, bermain gitar, basuh baju dan sebagainya.

0 views0 comments