• Syaziyah Md Sharif

Jenama Pakaian Dalam Lancarkan Seluar Dalam Renda Untuk Lelaki

Wah, bukan main ya!

Kredit Foto: Wacoal

Pengeluar pakaian dalam Jepun, Wacoal baru-baru ini melancarkan barisan seluar dalam lelaki (boxer) renda untuk para lelaki yang dikatakan cantik dan berfungsi.


Menurut laporan Oddity Central, pakaian dalam renda tidak kelihatan seperti perkara paling maskulin yang pernah ada, tetapi syarikat seluar dalam terkenal Wacoal tidak hanya melancarkan produk ini secara membuta tuli.


Pada November tahun lalu, mereka menguji pasaran dengan menawarkan 'Lace Boxer' dalam platform 'crowdfunding' Jepun, Makuake.


Koleksi itu dikatakan mengatasi sasaran pendanaannya sebanyak 300,000 yen (RM11,051) iaitu lebih 1,090 peratus dan memperoleh kira-kira 3.27 juta yen (RM120,459).


'Lace Boxer' terus dilancarkan dan kini Wacoal menawarkan keseluruhan barisan yang terdiri daripada tujuh warna dan dalam memastikan produk tersebut maskulin, Wacoal mengubah suai fabriknya supaya ia lebih kuat dan tegang sehingga mempunyai ketahanan sama seperti seluar dalam lelaki yang biasa.


Wacoal juga menggambarkan bahawa produk itu cantik dan berfungsi bagi memastikan kebolehnafasan yang lebih baik dengan ketelusan bahan untuk meningkatkan aliran udara.


Bahagian hadapannya direka dengan teliti dan kukuh untuk melindungi ‘aset’ lelaki dalam jangka masa yang panjang.


Ia boleh didapati menerusi kedai dalam talian Wacoal dan platform Amazon pada harga 3,960 yen (RM145.87) sepasang.





Sumber: Oddity Central

4 views0 comments