• Jonathan Shiek

Jaya Grocer Buka Pasaraya Barangan Korean Di One Utama

Jaya Grocer secara rasmi telah mengumumkan pembukaan pasar raya Korea baru di 1 Utama Shopping Center.



Visit our Korean Grocer today at Lot No. G623–G625 at 1 Utama E (near the Bandar Utama MRT Station)! Check out our huge,… Posted by Jaya Grocer on Tuesday, March 16, 2021

Setiap produk yang terdapat di Korea Grocer ini, diimport dari Korea Selatan. Anda boleh mendapatkan semua barangan termasuklah produk segar, makanan ringan, dan juga produk kecantikan serta penjagaan kulit Korea.

Terdapat pelbagai jenis makanan ringan Korea yang boleh didapati di pasar raya ini. Lebih-lebih lagi, bahagian mi segera yang menawarkan pelbagai jenis dan perasa untuk anda pilih.

Bagi peminat K-Pop, anda juga boleh menemui beberapa gambar artis kegemaran anda pada beberapa barangan. Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membeli produk ini di pasar raya untuk menyokong mereka.

0 views0 comments