• Jonathan Shiek

Jawatan Putera Harry Jadi Bahan ‘Ketawa’ Di Jepun

Baru-baru ini, Putera Harry telah mendapat sebuah pekerjaan baharu dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Impak di salah sebuah syarikat motivasi kesihatan mental di California. Akan tetapi, jawatan tersebut dikenali sebagai ‘Chimpo’ dalam kalangan komuniti perniagaan.

Susulan dengan berita itu, perkara ini terus menjadi topik bualan orang ramai di Jepun dan terus menjadi bahan ketawa di sana. Ini kerana perkataan tersebut adalah slanga untuk ‘zakar’ dalam bahasa Jepun. Tak tahu nak kata kelakar ke tak ? hanya orang Jepun saja memahami tentang perkara ini.

Menurut dari laman berita Jepun, SoraNews24  melaporkan orang ramai ketawa apabila mengetahui nama gelaran untuk jawatan tersebut. Kini, Putera Harry bekerja sebagai chimpo untuk syarikat BetteUp Inc dan mengumumkan langkah tersebut pada Mac lalu.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments