• Jonathan Shiek

Jatuh Dari Tingkat 21 Ketika Cuci Tingkap

Kejadian yang berlaku di Kazan, Rusia seorang wanita maut apabila terjatuh dari ketinggian 67 meter kerana tak dapat mengimbangi badan ketika mencuci tingkap lalu terjatuh di kediamannya.

Olga Nautelova, 27 tahun yang disahkan maut di tempat kejadian, dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di flatnya di tingkat 21. Seorang saksi insiden telah melihat kejadian tersebut semasa Nautelove meniti pagar balkoni untuk cuba membersihkan bahagian luar tingkap sebelum tiba-tiba hilang imbangan badan.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta Nissan, berkahwin dengan seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Kasim Nauletov. Kini, polis sedang menyoal siasat saksi kemalangan bagi mengenal pasti urutan kejadian.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments