• Jonathan Shiek

Jarum Suntikan Berbeza Ikut Keperluan – KKM

Seperti kita sedia maklum, kelmarin adalah tarikh rasmi pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah pun bermula. Terdapat segelintir dari kalangan netizen yang anti vaksin dan tak mempercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan tersebut.

Maka pihak Kementerian Kesihatan Malaysia cuba memperjelaskan keadaan di sini. Peggunaan dua jenis jarum suntikan adalah berbeza mengikut keperluan prosedur suntikan, termasuk proses vaksinansi, menurut KKM.

Korang boleh lihat dalam video pendek ini, dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @ Qisttttt. Ia menerangkan cara penggunaan picagari dengan betul.

Nah untuk lebih senang faham 👌🏻 pic.twitter.com/uZS3NisJPN — Queue (@Qisttttt) February 25, 2021

“Perbezaan warna jarum bermakna saiz lubang berbeza. Jarum yang digunakan untuk menyedut dari botol adalah lebih besar (biru) untuk memastikan kelancaran. Manakala, jarum bersaiz lebih kecil (merah atau jingga) adalah inokulasi bagi mengurangkan rasa sakit dan lebam,” jelas pihak KKM dalam satu kenyataan.

KKM juga menekankan bahawa jarum yang berbeza amat diperlukan untuk mencegahkan pencemaran silang antara pesakit. Hanya kerana perbezaan warna suntikan jarum vaksin telah menjadi perbahasan di media sosial sehingga ada pihak mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin tak menerima suntikan tersebut.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments