• Jonathan Shiek

Janna Nick Punca Pelajar Malaysia Di Korea Dipinggirkan?

Kecoh di laman Twitter dan Instagram hari ini mengenai pelakon terkenal, Janna Nick yang dikatakan memperlekehkan mendiang Kim-Jonghyun yang merupakan penyanyi terkenal Korea yang meninggal pada tahun 2017.

Pada tahun 2018, pelakon tempatan itu sebelum ini membuat ‘live’ di Instagramnya bersama pelakon Sharifah Sakinah. Kontroversi tercetus apabila Sharifah Sakinah bercerita mengenai Kim-Jonghyun dan bertanya “Yang dah mati tu ek?” dan Janna dengan menjawab sambil ketawa.

Vidoe itu kemudiannya menjadi viral semula semalam di laman aplikasi TikTok.

Lebih menyedihkan, atas perbuatan Janna Nick itu terdapat beberapa tweet yang menyatakan ramai pelajar Malaysia di Korea kini telah dipinggirkan.

#JANNANICKGOINGTOJAILPARTY Imagine ruining some students dreams to study and you just gonna say that you are innocent… I'm just kinda… surprised.. people like this even exist…. seriously janna you ruined everything…the whole country..the students.. pic.twitter.com/IuI5LBy0bK — Unknown Soul (@RosieposieKnorr) February 22, 2021

Ustaz pun dia hentam..

Even she not respect ustaz . Ughh #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY pic.twitter.com/Y036yVaho7 — iJH (@jendeuki_ieka) February 22, 2021

Peminat-peminat K-Pop mengkeji perbuatan Janna Nick tersebut dan perkara ini mebuatkan Janna ‘deactivate’ Instagram dan Twitternya.

Lisa Blackpink Pun Diejek Janna Nick? 

Selain itu, yang membuatkan peminat-peminat K-Pop marah ialah apabila Janna menukar nama Lisa yang merupakan ahli kumpulan Blackpink kepada ‘Lisa Blackpig’.

Know your place sis. Not this time.#jannanickisgoingtojailparty pic.twitter.com/uVEqkP8sex — Escafę (@amirulllfarhan) February 21, 2021

Kedua-dua kontroversi ini membuatkan hashtag #JannaNickGoingToJailParty trending. Ini kerana ‘fandom’ kedua-dua artis tersebut bersatu dan mengutuk perbuatan artis tersebut.

Credit: Twitter


Fuh panas!

#jannanick #KimJonghyun #LisaBlackpink

0 views0 comments