• Jonathan Shiek

Jangan Terlepas Gerhana Bulan ‘Super Moon’ Pada 26 Mei, Bulan Paling Hampir Dengan Bumi!

Fenomena gerhana bulan penuh dikatakan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H di seluruh Malaysia, ciap Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Twitter.

Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini dan semestinya ingin tahu serba sedikit mengenai fenomena gerhana bulan penuh ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsikan nota ringkas berkenaan gerhana bulan penuh.

  1. Berlaku ketika fasa bulan purnama.

  2. Bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.

  3. Bulan akan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap(umbra)

  4. Warna permukaan bulan akan mengalami perubahan dari warna putih bersinar ke merah-merahan.

  5. Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar (magnitud 1.009)

  6. Solat Sunat Khusuf(Gerhana Bulan) disyariatkan untuk fenomena ini.

  7. Ketika Bulan terbit di ufuk Timur, gerhana sudah berada di fasa kemuncak.

  8. Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi atau dikenali sebagai Perigee (357,460km)

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh ini.#jomkenalifalakpmwp pic.twitter.com/KCS7tmulia — Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (@pejabatmuftiwp) May 24, 2021
0 views0 comments