• Syaziyah Md Sharif

Jangan Buat Benda-benda Ni Di Waktu Pagi, Nanti Letih Sepanjang Hari

Updated: Sep 20, 2021

Pernah tak korang rasa penat padahal belum masuk tengahari pun? Well jangan salahkan apa yang korang buat semalam. 

Walaupun kekurangan tidur antara satu faktor utama yang memyebabkan kita keletihan, namun ada lagi faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah tersebut.

Ada juga segelintir yang merasa letih sebelum menjejakkan kaki ke luar rumah. Nak tahu sebab-sebabnya? 

Bermain telefon dengan berlebihan

Bangun pagi terus tengok phone! Betul tak? Korang tak perlu kawal penggunaan telefon. Terjaga daripada tahap tidur yang terlalu nyenyak boleh menyebabkan keletihan berbanding bangun dari tahap tidur yang lena.

Pemakanan

Makanan boleh menjadi punca kepada masalah keletihan yang korang hadapi. Reaksi atau alahan kepada makanan yang korang makan sebelum tidur mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala, justeru mengganggu waktu tidur korang. 

Alahan menyebabkan sistem imun korang untuk ‘bekerja’ secara berlebihan yang akan menyebabkan keradangan kronik atau mengganggu pernafasan yang membuatkan korang berdengkur menyebabkan korang terjaga tengah malam. 

Tekanan

Yang paling banyak orang hadapi sekarang, tekanan. Tak kiralah dari segi apa tekanan itu. Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan korang lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup korang macam dalam tugasan kerja, temuduga ke, of course kita nervous kan? Tapi jika ianya bersifat sementara – itu takpe. Tetapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga, prestasi kerja dan kualiti hidup korang.

So! Untuk mendapatkan kebaikan tidur yang cukup, tubuh badan yang sihat dan minda yang sihat korang kena start jaga permakanan dan senaman korang. Ok? Byee~

#hanaazmi #kesihatan #takcukuptidur #tidur

1 view0 comments