• Jonathan Shiek

Jambangan Bunga Daripada Duit, Cantik Tetapi Menyusahkan!

Siapa tak suka dapat jambangan bunga yang diperbuat daripada duit kan? Tahukah anda, walaupun ia adalah sesuatu yang cantik dan unik ia juga sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang menyusahkan?

Perkongsian seorang wanita di laman Facebook, menyifatkan pemberian itu adalah sesuatu yang agak menyusahkan sehingga membuatkan beliau marah.



⚠️如果谁有类似玫瑰折法的【有钱花】 请尽早把钱拆出来! 无意间看到一个post 因为把花跟钱放在一起太久 导致钱被浊破了 所以我今天决定把我的也拆掉 花了很长时间 小心翼翼的拆… 没什么耐性的我拆到有点🔥 我的是用hot… Posted by Jovion Ng on Sunday, March 21, 2021

Dalam perkongsian tersebut, gadis itu meluahkan rasa marahnya ketika beliau membuka gubahan bunga duit tersebut.

Oleh kerana beliau menunggu masa yang agak lama untuk mebuka gubahan itu, keadaan duit yang berada di dalam gubahan itu sangat teruk dan renyuk.

Lebih menyedihkan, ada juga duit yang dilekatkan dengan gam!

Beliau menasihati orang ramai supaya cepat-cepat mengeluarkan wang kertas daripada gubahan tersebut.

Malah, dia juga menyarankan supaya tidak memberi hadiah seperti ini kepada yang tersayang kerana ia amat merugikan.

Nak cantik boleh tapi jangan menyusahkan ya!

#bungaduit

0 views0 comments