• Syaziyah Md Sharif

Jalan Ke Cameron Highlands Terhalang Akibat Tanah Runtuh

Kejadian terbabit menyebabkan jalan di kedua-dua laluan tidak dapat dilalui kenderaan

Kredit Foto: Utusan

Petang semalam berlakunya kejadian tanah runtuh yang membabitkan Jalan Tapah- Cameron Highlands di Batu 25 dan 26.


Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada orang awam pada 4.25 petang.


Menurutnya, kejadian terbabit menyebabkan jalan di kedua-dua laluan tidak dapat dilalui kenderaan.


"Tiang elektrik di tempat kejadian juga tumbang dan tidak membabitkan mangsa.


"Pihak polis juga sudah menghantar pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) ke tempat kejadian namun sehingga kini belum menerima maklumat lanjut disebabkan masalah komunikasi," katanya.


Wan Azharuddin berkata, kejadian terbabit turut dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands.


Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Belati Wangsa dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dimaklumkan bagi menjalankan kerja pembersihan di lokasi terbabit.




Sumber: Harian Metro



11 views0 comments