• Syaziyah Md Sharif

Jalan Berlubang Besar, Rider Hampir 'Terjunam'

"Ada meteor jatuh ke?" - Netizen


Kredit Foto: Twitter @redzuannewsMPB


Semalam tular sebuah video pendek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimana seorang 'rider' hampir jatuh ke dalam sebuah lubang yang sangat besar! Ia dipercayai berpunca daripada mendapan tanah di kawasan tersebut.


Menurut laporan Harian Metro, laluan di Jalan Teluk Likas, Sabah, ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang atau 'sinkhole' di jalan berkenaan.





Kejadian disedari pengguna yang melihat jalan berlubang kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan terkejut apabila mendapati berlaku mendapan tanah dan mendapan tersebut membentuk sebuah lubang.


Menerusi rakaman CCTV terbabit, kelihatan seorang penghantar makanan juga hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan.


Seram ya!


5 views0 comments