• shafika9

Isu Papan Tanda Mini Stadium Ffira Mikah Diturunkan

Updated: Sep 24, 2021

Kejadian di Padang Terap, Kedah iaitu isu papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah di sebuah stadium Kuala Nerang terpaksa diturunkan. Atas sebab penggunaan nama stadium tersebut didakwa bersempena nama pegawai daerahnya mendapat pelbagai kecaman dari pelbagai pihak. KN Kiara Football Club menerusi akaun Facebooknya, berkata “papan tanda tersebut telah diturunkan pada pukul 4 petang, semalam.” Tambahannya lagi, “ pihak kami memutuskan tak akan menggunakan nama Ffira Mikah dalam apa-apa tujuan dan promosi.”


Menurut dari kelab berkenaan akan menerima sekiranya terdapat cadangan nama baharu bagi mini stadium tersebut. “Stadium mini adalah milik pihak PBT dan disewakan pada pihak KN Kiara Football Club bertujuan untuk menjalankan aktiviti sukan bola sepak” jelasnya lagi.

#bolasepak #FfiraMikah #isu #ministadium

1 view0 comments