• Jonathan Shiek

Israel Nekad Akan Serang Hamas di Gaza

Seperti kita sudah cukup mengetahui kejadian di antara kedua-dua negara Israel dan Palestin yang berlaku pertempuran di sekitar Masjid Al-Aqsa telah mencetuskan kemarahan di seluruh dunia. Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu “Kami tidak akan bertolak ansur terhadap serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami jadi akan membayar harga yang tinggi,” katanya.

Netahyahu berkata, Hamas telah melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Baitulmaqdis telah menyebabkan negara Yahudi bertindak balas dengan kekuatan. Tentera Israel melancarkan 150 roket dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.

Disebabkan itu juga, Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza sebagai balasan pada malam tadi sehingga sekurang-kurangya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta lebih 65 lagi cedera.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments