• shafika9

iPhone 13 Tidak Akan Menggunakan Nombor 13 ?

Jadi nak pakai nombor berapa agaknya ?

Kredit foto: Forbes


Siapa saja yang tidak sabar iPhone 13 bakal dikeluarkan pada hari esok secara rasmi betul tak?. Syarikat Apple semestinya akan memperkenalkan koleksi telefon pintar baharu pada setiap tahun atau empat tahun sekali. Pada tahun lalu, Apple memperkenalkan koleksi iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone Pro Max.


Tahun ini acara perasmian besar-besaran bakal dijadualkan berlangsung 14 September pada hari esok. Pembelian bagi tempahan awal bermula 17 September dan tarikh keluaran sebenar berkemungkinan 24 September nanti. Pada setakat ini harga sebenar telefon pintar itu masih tidak didedahkan lagi dan berkemungkinan harga yang ditawarkan tidak jauh beza dengan model sebelum ini.


Menurut dari Mark Gurman dari Bloomberg berkata, iPhone keluaran baharu itu tidak akan menggunakan nombor 13 kerana dianggap nombor malang bagi sesetengah negara. Sama seperti Apple juga tidak mengeluarkan iPhone 9 dan sebaliknya terus menggunakan iPhone X. Nombor sembilan sebenarnya dianggap tidak bernasib baik di China.


Disebabkan itu Gurman turut meramalkan Apple akan menjauhkan diri daripada angka 13. Banyak orang takut nombor 13 kerana mereka percaya bahawa itu adalah nasib buruk. Malah, kadang-kadang nombor berkenaan tidak digunakan sebagai bilangan tingkat di bangunan.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments