• Jonathan Shiek

Ini Satu-satunya Sebab Billie Eilish Menjadi Vegan

Penyanyi dan penulis lagu Your Power, Billie Eilish baru-baru ini dipilih menjadi penghias kulit majalah British Vogue untuk edisi Jun 2021.

Peminat terkejut dan hangat berbual tentang penampilan baharu Billie, yang lebih feminin dan seksi. Juga menjadi topik perbualan peminat ialah tatu besar di pinggulnya yang selama ini suatu rahsia.

Menerusi temu bual bersama majalah itu, dia berkongsi beberapa perkara peribadi termasuk komitmennya untuk mengikuti diet vegan yang ketat.

British Vogue on Twitter: ".@BillieEilish stars on the June 2021 cover of British  Vogue. Photographed by Craig McDean and styled by Dena Giannini. Read the  interview in full: https://t.co/PUkoqDFXtZ… https://t.co/McF1ZLJnYR"

Foto: Craig McDean/British Vogue


Dalam satu video, peminat-peminat Billie yang juga merupakan personaliti atau penyanyi popular, diberi peluang bertanya pelbagai soalan mengenai kerjaya, kehidupan peribadi dan aspirasi penyanyi itu.

Salah seorangnya adalah Orlando Bloom yang bertemu Billie buat kali pertama di belakang pentas Coachella.

Bintang Pirates of the Caribbean itu mendedahkan bahawa dirinya “90% berasaskan tumbuhan” dan bertanya mengapa Billie mengelak menolak makanan berunsur haiwan sepenuhnya termasuk daging, makanan laut, susu, telur dan keju.

Billie ujar, dia memilih untuk menjadi vegan selepas mempelajari lebih lanjut tentang etika industri daging dan tenusu di Amerika Syarikat.

“Sebaik sahaja saya mengetahui perkara sebegitu dan melihat dengan mata kepala sendiri, sukar untuk saya kembali,” katanya.

“Dan kini, walaupun saya mempunyai ramai rakan yang mengambil daging dan tenusu, sukar untuk saya meneruskan hidup apabila memikirkan apa yang berlaku dalam industri haiwan dan tidak berbuat apa-apa mengenainya.”

Menjadi vegan bukanlah sesuatu yang sukar baginya memandangkan dia bukan peminat tegar makanan berunsur daging.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Billie dilihat menggunakan platformnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kekejaman terhadap haiwan dan sering berkongsi video industri daging dan tenusu bersama 84 juta pengikutnya di Instagram.




Sumber: GLAM

0 views0 comments