• shafika9

Indonesia Juara Bagi Piala Thomas Cup 2021

Tahniah ! buat negara Indonesia kerana berjaya mengalahkan negara China

Kredit foto: BWF


Akhirnya, selama dua dekad Indonesia menantikan kemenangan yang tidak dijangkakan apabila berjaya menewaskan China 3-0 dalam aksi final Piala Thomas pada hari semalam. Kejayaan Indonesia membolehkan pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kejohanan tersebut, melebarkan rekod kejuaraan buat kali ke-14 dengan China dimana kekal di tempat kedua dengan 10 kemenangan.


Kali terakhir Indonesia menjulang trofi dengan menewaskan Malaysia 3-2 pada tahun 2002, Indonesia sememangnya tidak mensia-siakan peluang pada kali ini selepas gagal pada final 2010 dan 2016. Pada perseorangan pertama, Anthony Sinisuka Ginting berjaya menewaskan Lu Guang Zu 18-21,21-14,21-16.


Percaturan Indonesia dengan menukarkan gandingan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sbagai beregu pertama dengan merehatkan pasangan nombor satu dunia, Marcus Felnaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo turut berjaya menewaskan He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-12,21-19.

Manakala, Christie mengambil peluang ini untuk menundukkan Li Shi Feng yang menduduki ranking ke-65 dunia, 21-14, 18-21, 21-14 untuk mata kemenangan buat Indonesia.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia



15 views0 comments