• Jonathan Shiek

Iklan Raya Oleh Syarikat Judi Menghina Agama?

Kecoh di laman media sosial semalam apabila sebuah iklan raya berdurasi 2 minit menjadi viral kerana ia dirakamkan oleh sebuah syarikat judi online.

Klip video oleh syarikat judi GDBet333 tersebut memaparkan pelakon lelaki memakai baju Melayu dan perempuan muslim yang bertudung dengan lagu berkisar mengenai Aidilfitri.

Selain menggunkan pelakon yang tampak beragama Islam, iklan itu juga menggunakan ayat yang mendatangkan kemarahan masyarakat yang menyambut perayaan Aidilifitri.

“Nak balik kampung duit tak ada, tapi ada cara untuk mencari, GDBet333 ada, apa ditunggu marilah cuba, untung nasib mu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya.”

Walau bagaimanapun, selepes menimbulkan kemarahan video itu telah pun dipadam dari laman YouTube.

Lagu raya paling jahanam. pic.twitter.com/a4v09st31c — Twt_Bajet (@twt_bajet) April 15, 2021

0 views0 comments