• Syaziyah Md Sharif

Ikan 'Kanibal' Dijumpai, Tumbuh 20 Gigi Baru Setiap Hari

Lingcod pasifik mempunyai lebih 500 gigi dengan susunan rawak di kedua-dua belah rahang

Kredit Foto: National Geographic

Portal National Geographic melaporkan kajian diterbitkan Oktober lalu di jurnal ilmiah Proceedings of the Royal Society B melaporkan 20 gigi spesies ikan omnivor itu mampu tumbuh dan hilang setiap hari.


"Jika manusia memiliki susunan gigi yang sama (dengan ikan lingcod), ertinya semua gigi kita akan diganti yang baru setiap hari," kata profesor biologi di University of Washington Adam Summers.


Penuntut di University of Washington dan juga rakan penyelidik Karly Cohen mengatakan, keupayaan penggantian gigi lingcod pasifik ini mengejutkan penyelidik.


Menurutnya, lingcold pasifik termasuk dalam spesies ikan yang memiliki keunikan sebagaimana ikan pemancing (anglerfish) yang memiliki gigi di dahi atau piranha yang boleh kehilangan satu per empat giginya sekali gus.


"Kebanyakan ikan memiliki gigi seperti lingcod. Boleh jadi sebahagian besar ikan kehilangan gigi dalam jumlah besar setiap hari," katanya.


Ukuran panjang ikan lingcod pasifik boleh mencecah 1.2 meter ketika dewasa dan haiwan kanibalisme itu boleh ditemui di pantai barat Amerika Utara, dari Alaska ke California, serta Mexico.

11 views0 comments