• Syaziyah Md Sharif

Ikan Jerung 'Kental' Dirakam Di Perairan Selatan Australia

Ikan jerung tersebut kelihatan mempunyai banyak parut dan luka

Kredit Foto: Daily Star

Seekor ikan jerung putih dinobatkan sebagai ikan jerung paling kental kerana mempunyai kesan parut dan luka disebabkan gigitan dan pertempuran dengan haiwan dalam laut lain.


Pemangsa gergasi itu dilihat berenang berhampiran Kepulauan Neptune di Australia Selatan, kawasan yang dianggap sebagai rumah kepada kira-kira 1,000 ikan jerung putih.



Melalui portal Daily Star, jurugambar 'underwater' Dean Spraakman merakam rakaman luar biasa itu semasa ekspedisi pada Januari lepas, malah dia juga berkata haiwan sebesar 11 kaki itu sangat 'mesra'.


Dia mendakwa pasukan itu tidak dapat memastikan apa yang mungkin menyebabkan parut-parut ini kerana tiada sesiapa pernah terserempak dengan ikan jerung yang tercedera seteruk itu.


Dean berkata mereka pada mulanya menyangka parut itu mungkin disebabkan oleh kipas bot atau mungkin jerung itu telah ditangkap di dalam jala ikan tuna di kawasan itu tetapi mereka segera menolak kedua-dua teori itu.


Pengembara National Geografik, Profesor Yannis Papastamatiou berkata, beberapa kesan itu mungkin terjadi disebabkan pergaduhan dengan jerung lain.


“Jerung betina sering mempunyai parut kerana mengawan, tetapi jerung jantan juga boleh digigit semasa interaksi dengan jerung yang lebih besar yang mahu mendominasi jerung yang lebih kecil,’’ katanya



Sumber: Daily Star



16 views0 comments