• Jonathan Shiek

Ibu Tunggal Dibunuh Dipercayai Ditikam Oleh Kekasih

Kejadian yang berlaku di Ipoh, Perak apabila seorang wanita ditemui dengan kesan tikaman di badan di rumahnya pada Rabu malam. Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam, K Krishna, 31 tahun telah ditemui maut akibat kecederaan parah akibat kesan tikaman dari teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata menerima panggilan mengenai kejadian daripada jiran mangsa yang memaklumkan berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan seorang lelaki.

Menurutnya, “kami mendapati beberapa tikaman pada tubuh badan wanita tersebut dan turut beberapa tikaman pada tubuh badan si lelaki berkenaan. Kesan tikaman pada badan lelaki berkenaan tak pasti sama ada wanita si mati yang lakukan ataupun suspek berkenaan ingin cuba bunuh diri,” kata Anuar.

Polis mengesyaki kejadian tersebut berpunca daripada masalah hubungan di antara pasangan kekasih. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments