• Jonathan Shiek

Ibu Minta Pekedai Untuk Guntingkan Rambut Anak Lelakinya ‘Tak Boleh Keluar Rumah’

Pada pandangan ibu bapa, kadang-kadang mereka merasakan anak-anak tak sepatutnya keluar dari rumah ketika wabak COVID-19 sedang tinggi takut akan bahaya yang bakal dihadapinya. Ibu bapa merasakan anak-anak sepatutnya hanya duduk di rumah pada ketika ini.

Tapi berbeza pula pada ibu kepada anak lelakinya yang masih berusia 15 tahun ini, hanya semata-mata ingin melihat anaknya tak keluar dari rumah. Ibu yang berasal dari Kaohsiung, Taiwan membawa anak lelakinya ke kedai gunting rambut dengan memberitahu kepada pendandan rambut untuk menguntingkan rambutnya ‘Tak boleh keluar dari rumah’. 

Secara tak langsung, pendandan rambut tersebut mencukur rambut anak lelakinya supaya dia tak berani untuk berjumpa dengan kawan-kawannya melainkan kalau anaknya ingin menunjuk rambutnya selepas dicukur.

Pendandan rambut tersebut hampir mencukur rambutnya secara keseluruhan di bahagian atas, manakala di bahagian bawah, tepi kiri dan tepi kanan ditinggalkan. Apabila pendandan rambut siap mencukur rambut remaja lelaki berkenaan, lalu lelaki tersebut terus menangis dan menjerit ‘Saya tak nak keluar kemana-mana lagi’.

Jangan risau rambut cepat saja tumbuh. Jadi jangan nakal lagi lepas ini, selalu mendengar kata-kata ibu bapa demi kebaikan diri dan keluarga tersayang. Kalau tak dengar lagi kata ibu bapa, kebarangkalian boleh berlaku macam ini lagi. 

Sumber artikel asal dari World of Buzz

0 views0 comments