• Jonathan Shiek

Ibu Lemaskan Lima Anak Di Dalam Tab Mandi

Tergamak seorang ibu sanggup membunuh anak sendiri di bilik mandi, dimana wanita berkenaan tertuduh membunuh lima dari enam anaknya sendiri. Wanita tersebut yang berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Christiane K berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika didapati bersalah atas kesalahan tersebut.

Mayat tiga anak perempuannya yang linkungan usia satu hingga tiga tahun dan bersama dua anak lelaki berusia enam dan lapan tahun ditemui di pangsapuri keluarga pada 3 September 2020. Mereka ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil, masing-masing dalam keadaan berbalut tuala.

Pendakwa percaya ibu mereka mencampurkan ubat ke dalam minuman untuk sarapan anak-anaknya bagi mengantuk mereka sebelum dimasukkan ke dalam tab mandi bagi melemaskan.

Dia kemudian cuba untuk membunuh diri dengan cara terjun di stesen kereta api Duesseldorf, tetapi berjaya diselamatkan dan tak mengalami kecederaan. Anak keenamnya yang 11 tahun terselamat kerana berada di sekolah pada ketika itu.

Pendakwa raya menduh Christiane K melakukan pembunuhan secara berniat jahat dan mengatakan bahawa dia mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anak. Kini keluarga mangsa berada dalam pengawasan perkhidmatan sosial.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments