• Syaziyah Md Sharif

Ibu Dan Anak Cuba Lepaskan Ular Tersekat Di Rim Kereta

Besar betul ular tu!

Kepala seekor ular sawa tersangkut di celah rim tayar kereta sedan berwarna putih di dalam sebuah garaj kenderaan di Florida, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.


Bagaimanapun, ular itu berjaya diselamatkan oleh penangkap ular terkenal di Florida, Mike Kimmel dengan bantuan ibunya.


Kejadian itu sempat dirakamkan dan dimuat naik ke laman sosial TikTok oleh @/pythoncowboy dan setakat hari ini, video itu telah mencapai lebih 4 juta tontonan dan lebih 200K tanda suka!





Dalam video tersebut kelihatan ketika usaha menyelamat dilakukan, ibunya bertindak memegang ekor reptilia tersebut ketika Kimmel berusaha mengeluarkan kepala haiwan itu yang tersangkut pada lubang rim tayar belakang kanan kereta berkenaan.


Selepas dia berjaya mengeluarkan kepala haiwan itu, ibunya masih memegang ekor ular tersebut!


Seram weh!




Sumber: TikTok @pyhtoncowboy



10 views0 comments