• shafika9

Ibu Bapa Mengecam Pusat Beli Belah Kerana Perhiasan Patung Squid Game

Tak semua ibu bapa menyukainya patung gergasi ini

Kredit foto: Kosmo!


Drama bersiri dari Korea Selatan ‘Squid Game’ sememangnya menjadi satu fenomena pada seluruh dunia kerana jalan cerita yang menyeronokkan. Akan tetapi, tidak semua orang menyukai drama tersebut. Sebilangan ibu bapa di Manchester yang berkunjung ke Trafford Centre menyelar tindakan pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut meletakkan patung daripada siri popular Netflix, Squid Game di lokasi tumpuan.


Mereka berkata boneka tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum. Patung gergasi setinggi tiga meter itu, terdapat beberapa ‘pengawal Squid Game’ di pusat beli-belah berkenaan. Ibu bapa yang berkunjung ke situ meluahkan rasa marah di Facebook kerana dianggap tidak sesuai dilakukan itu. Ada juga ibubapa yang menganggap kehadiran patung tersebut sebagai perkara biasa dan tidak memberi sebarang ancaman kepada kanak-kanak.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


12 views0 comments