• shafika9

Ibu Bapa Hantar Anak Masuk Kelas Catur Disebabkan Drama Siri Netflix “The Queen’s Gambit”

Updated: Sep 24, 2021

Tahukah korang drama siri “The Queen’s Gambit” menjadi sensasi dikalangan ibu bapa pada masa kini? Disebabkan drama tersebut mengetengahkan permainan yang jarang mendapat perhatian dari kebanyakan orang pada masa kini.

Sehingga ada diantara ibu bapa merasakan permainan catur ini bagus untuk anak-anak mereka terlibat dalam bidang ini. Hanya dari drama ini, ia dapat meningkatkan minat terhadap permainan catur di Malaysia dan jadi satu trend pula, bahkan diseluruh dunia.

Sumber: Utusan Borneo Online

Menurut daripada Ahli Jawatankuasa Persekutuan Catur Malaysia (MCF) Muhammad Firdaus Ismail berkata “ramai individu yang kurang berminat terhadap permainan minda ini sebenarnya, tapi disebabkan dari drama ini dan menjadikan satu mempengaruhi ramai penonton untuk mencuba permainan ini.” Tambahnya lagi, “sekaligus meningkatkan minat dikalangan golongan muda mahupun tua untuk bermain catur” ujarnya.

Katanya lagi, “banyak permintaan terhadap barangan permainan catur seperti board catur, pelitup muka berkaitan catur dan ramai orang baru mula beli barangan dengan kami.” Topik berkaitan The Queen’s Gambit menjadi bualan yang ramai diperkatakan sekarang sehingga menerusi di media sosial.

Sumber artikel asal dari Utusan Borneo Online

#catur #TheQueensGambit

1 view0 comments