• shafika9

Ibu Bapa Boleh Disaman Jika Benarkan Anak Tiru Aksi ‘Squid Game’ Di Sekolah

Hati-hati ye, takut boleh disaman pula dekat Malaysia

Kredit foto: Teen Vogue


Fenomena drama siri hit dari Korea Selatan ini sememangnya luar biasa. Drama ‘Squid Game’ menjadi popular di seluruh dunia dan kini di kedudukan pertama pada 90 negara bagi penstriman berbayar iaitu Netflix. Akan tetapi, kerana popularnya drama ‘Squid Game’ ini, kebanyakan penonton mula berminat untuk cuba bermain permainan yang dimainkan dalam drama siri hit tersebut. Malah, ia menjadi ikutan bagi kebanyakkan negara pada masa sekarang.


Bagi di negara United Kingdom (UK), Ibu bapa boleh disaman sekiranya anak-anak mereka cuba meniru aktiviti ‘Squid Game’ di sekolah. Pihak sekolah juga memberi amaran supaya tidak menonton drama bersiri popular itu. Jurucakap Sandown School di Deal berkata, pihaknya sentiasa memberikan nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai aspek keselamatan dalam talian serta betapa bahaya menonton kandungan yang kurang bersesuaian dengan peringkat umur.


Bukan setakat itu, sekolah lain di kawasan sama mula menghantar surat mengenai kebimbangan peringkat usia yang menonton kandungan siri tersebut. Ibu bapa yang tinggal di Deal menulis dalam media sosial memaklumkan mereka telah menerima surat dari dua sekolah rendah dan menengah yang memberikan amaran terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka menonton drama itu.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


4 views0 comments