• Jonathan Shiek

Ibarat ‘Kawan Baik’, Anak Kecil Ini Tidak Boleh Berenggang Dengan Buah Labunya

Biasanya kanak-kanak atau bayi sukakan patung atau bantal busuk kan? Lain pula ceritanya buat si comel inI!

Seorang kanak-kanak ini tidak boleh dipisahkan dengan sebiji labu dan ia telah menghiburkan pengguna media sosial TikTok, melihat ragamnya yang menangis jika buah itu diambil dan membuatkan video itu tular.

@mia_miyuiiReply to @arisha_shahwan bgun tdur dan masa nak tdur ja dia nangis la kalau d ambil labu tu 😄 sbb kalau mood okey dpt dia ambil balik😂

♬ original sound – Mia Yuhaa


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @/mia_miyuii, anaknya itu seolah tidak dapat dipisahkan dengan buah itu dan sering menjadi ‘teman’ anaknya ke mana sahaja.

Menurut pengguna tersebut, jika labu itu diambil, dia akan menangis terutama sekali pada waktu anaknya mahu tidur dan setelah bangun tidur.

“Kebiasaannya jika buah labu itu diambil ketika dia mahu tidur atau bangun tidur, dia akan menangis. Tetapi, jika dia dalam ‘mood’ yang baik, dia akan ambil semula,” jelasnya.

Ruangan komen dipenuhi dengan

0 views0 comments