• Jonathan Shiek

Hujan Lebat Di Kedah, Pulau Pinang Dan Perak Berlarutan Sehingga Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, hari ini hingga Jumaat.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 11 malam tadi memaklumkan kawasan terbabit di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.


Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang, dan Selama serta Manjung, sementara seluruh kawasan Pulau Pinang terbabit dengan amaran itu.

“Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.

0 views0 comments