• Jonathan Shiek

‘Hijab Girl’ Karya Jurugambar Malaysia Mengungguli Pertandingan Fotografi Antarabangsa

Nukilan gambar bertajuk ‘Hijab Girl’ yang dipertandingkan seorang jurugambar sambilan dari Terengganu memenangi tempat pertama bagi kategori potrait dalam pertandingan fotografi, The VII Jalón Ángel International Photography anjuran San Jorge University di Sepanyol.

Kemenangan dirangkul Wan Mohd Fadzli Wan Samsudin, 39, dari Kampung Gong Datok, di sini, menewaskan 2,300 peserta dari 94 negara lain termasuklah Sepanyol, Rusia, Iran, Perancis, India, Bangladesh, Argentina, Mexico, Colombia, Itali dan lain-lain.


View this post on Instagram

A post shared by Palie Massa (@paliemassa)


Menerusi Sinar Harian, Wan Mohd Fadzli berkata, beliau tidak menyangka gambar yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan dari Maahad Darul Quran Rusila yang dirakam pada awal 2019 itu menjadi pilihan seterusnya berjaya menambat hati juri.

Potret penuh cerita itu dipilih sebagai pemenang kerana memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai €1000 (RM4,921), trofi (arca edisi terhad oleh artis Jesús García) dan sijil yang diumumkan Rabu lalu.

Tahniah!

Sumber: Sinar Harian, Instagram

0 views0 comments