• Jonathan Shiek

Highland Tower Bakal Dirobohkan Selepas 28 Tahun Terbiar

Hampir 28 tahun kondominium Highland Tower telah lama dibiarkan dengan begitu sahaja, kerana terpalit dengan kontroversi dan pelbagai kisah misteri. Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Hulu Kelang tak lama lagi bakal dirobohkan.

Menerusi satu pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin, lawatan kerja bagi merobohkan kondomonium ini sudah dilakukan sebelum proses seterusnya dilakukan. Datuk Zuraida Kamaruddin pernah mencadangkan tapak berkenaan dijadikan sebagai taman rekreasi, ini kerana struktur tanah berkenaan tak sesuai dijadikan kawasan perumahan.

Bagi sapa yang masih tak tahu berkenaan kondomonium ini, Highland Towers pernah menjadi tular sekitar tahun 1993 selepas satu daripada tiga blok kondomonium ini runtuh sekaligus meragut 48 nyawa. Kini tempat berkenaan menjadi kawasan bagi golongan penagih dadah dan turut dijadikan filem pada sekitar tahun 2013.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments