• Jonathan Shiek

Hasilkan Vaksin Sendiri Adalah Satu Penyelesaian Terbaik – PM Thailand

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata cara penyelesaian yang baik dan untuk kesan jangka masa panjang dengan memastikan bekalan vaksin COVID-19 perlu mencukupi untuk memerangi wabak ini dengan cara membuatnya sendiri di negara berkenaan.

Beliau turut berkata, terdapat beberapa negara berdepan dengan masalah untuk mendapatkan vaksin kerana pengeluar menghadapi kesulitan dan menyebabkan kelewataan dan kekurangan penghantaran. Antara negara contoh seperti Singapura dan Taiwan yang mengakui membeli vaksin dari syarikat antarabangsa adalah satu cabaran terbesar untuk menguruskan keadaan.

“Mengeluarkan vaksin kita sendiri adalah penyelesaian jangka pangjang terbaik dan perkara ini telah kami putuskan lebih setahun yang lalu. Penyelesaian bagi jangka masa panjang adalah membangunkan kemampuan pengeluaran vaksin tempatan. Ini memastikan penduduk dapat diberi vaksin selama bertahun-tahun dan selama yang diperlukan”.

Siam Bioscience Co Ltd, pengeluar biofarmaseutikal pertama dan tunggal di Thailand, telah mula menghasilkan vaksin AstraZeneca COVID-19 negara berkenaan dan Asia Tenggara. Ujian terhadap manusia sudah mula dilakukan, dan kajian menunjukkan hasil yang meyakinkan.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments