• Jonathan Shiek

Harimau Malaya Tumpas 4-0 Ke Tangan UAE

Skuad Harimau Malaya terpaksa akur tewas 0-4 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai sebentar tadi.

Lebih malang, kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya yang sebelum ini berada di kedudukan kedua, jatuh ke tangga keempat dalam saingan peringkat Kumpulan G.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu perlu mencatat kemenangan dalam dua perlawanan terakhir menentang Vietnam dan Thailand untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.

Kemenangan ke atas Vietnam pada Sabtu ini diikuti Thailand empat hari kemudian juga dilihat mampu membuka peluang buat Harimau Malaya dalam misi sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia 2023.

Dalam aksi di Stadium Zabeel itu, Harimau Malaya perlu mengakui banyak kesilapan mudah yang dilakukan menyebabkan mereka bolos empat gol bermula jaringan pertama UAE menerusi Ali Ahmed Mabkhout pada minit ke-18.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya jatuh ke tangga keempat, dipintas UAE dan Thailand yang seri 2-2 dengan Indonesia dalam satu lagi aksi Kumpulan G yang berlangsung sebentar tadi.

0 views0 comments