• Syaziyah Md Sharif

Harimau Malaya Tumpas 4-0 Di Tangan Jordan

Perlawanan persahabatan itu berlangsung di Amman, Jordan

Skuad bola sepak kebangsaan terpaksa akur apabila tewas 4-0 bertemu Jordan dalam perlawanan persahabatan di Stadium King Abdullah II, Amman, malam tadi.


Dibarisi muka baharu dengan rata-rata pemain dikatakan menyinar pada saingan Liga Super dan sering menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air namun ternyata banyak lagi perlu belajar terutama membabitkan perlawanan di peringkat antarabangsa.


Malah, kekalahan itu juga menyaksikan banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe terutama di bahagian pertahanan dalam usaha membentuk skuad yang mantap bagi menempuh perlawanan akan datang.


Pada pertemuan malam tadi menyaksikan, Jordan yang berada di ranking ke 93 lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu pasukan negara.


Skuad Harimau Malaya kini mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan pada Sabtu ini menentang pasukan di ranking 84 iaitu Uzbekistan sekali gus berpeluang menebus kehampaan dengan mencipta keputusan positif.



Sumber: Harian Metro



8 views0 comments