• Jonathan Shiek

Harga Rumah Cuma RM 63 Saja ?

Percayakah korang bahawa wujudnya rumah berharga RM 63 di dalam dunia ini ? Mesti harga yang tak masuk akal bukan ? tapi sebenarnya itu adalah tawaran untuk pembeli 19 hartanah di legard di Utara Croatia bagi menarik orang muda untuk tinggal di situ sebenarnya.

Cara ini adalah inisiatif bagi menggalakkan orang ramai untuk menduduki di kawasan berkenaan. Bandar berkenaan pernah diduduki ramai orang tetapi apabila peredaran zaman berubah menjadikan bandar tersebut kian sepi tiada penghuni.

Namun untuk menduduki di kawasan berkenaan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan ikuti sebenarnya. Pertama, rumah-rumah di situ sememangnya usang dan banyak yang harus diperbaiki termasuk dindig dan lantai berlumut selain tidak mempunyai pintu serta tingkap. 

Kedua, pembeli perlulah bekerja sepenuh masa, berumur linkungan bawah 40 tahun dan bersedia tinggal di sana selama 15 tahun. Pihak berkuasa tempatan akan memberikan 25,000 kuna dianggarkan RM 16,527 bagi membantu mereka untuk pengubahsuaian.

Bandar ini pada dahulunya adalah penduduk yang ramai sebelum kejatuhan Empayar Austria-Hungary. Kini hanya 2,250 penduduk sahaja yang tinggal di bandar berkenaan dan kurang rangkaian pengangkutan ke bandar lain.

Datuk Bandar Ivan Sabolic berkata kawasan itu berubah menjadi bandar sempadan dengan kurang rangkaian pengangkutan ke tempat lain. Dalam pada itu daripada 19 hartanah telah ditawarkan terdapat 17 daripadanya sudah dibeli oleh individu dari Rusia, Ukraine, Turki dan Argentina.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments