• shafika9

Harga Rokok Di Britain Dinaikkan Sehingga RM 77.60 Sekotak

Kalau dah harga RM 77.60 ada lagi yang sanggup nak beli?


Cuba korang bayangkan harga sekotak rokok RM 77.60, sanggup lagi nak membeli ke? sememangnya harga sangat mahal bukan? Tapi itulah hakikat kerajaan Britain ingin naikkan sebanyak 88 peratus kepada £13.60 (RM77.60) bagi pek 20 batang rokok bermula 6 petang semalam.


Harga baharu itu diumumkan Canselor Rishi Sunak menerusi pembentangan Bajet 2021 petang semalam, kenaikan kadar cukai tembakau yang turut dinaikkan pada hari dan waktu yang sama. Bagi kenaikan terakhir rokok di Britain dibuat pada November 2020, di mana satu pek rokok 20 batang dinaikkan harga sebanyak 20 peratus dan 65 peratus bagi 30 batang rokok.


Malah, Rishi turut mengumumkan kenaikan harga minuman keras sebanyak 30 peratus. Menurutnya lagi, sistem duti alkohol di Britain adalah ‘ketinggalan zaman’, justeru beliau mengumumkan lima pelan langkah untuk mengubah keadaan itu yang dibuat berdasarkan kuantiti alkohol dalam sesebuah minuman. “Lebih kuat kandungan alkohol, maka lebih tinggi harganya,” katanya.


Melalui cara ini, kerajaan Britain dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, turut menambah peluang pekerjaan dan dapat menurunkan kadar hutang.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


11 views0 comments