• Syaziyah Md Sharif

Harga Kopi Dan Teh Di Kopitiam Bakal Naik 60 Sen Bermula Januari Depan

Di luar bandar pula, kenaikan dijangka sehingga 20-40 sen secawan

Gambar Hiasan

Bagi peminat kopi, kopitiam menjadi salah satu 'port' untuk layan kopi terutamanya ketika waktu sarapan pagi. Pengumuman terbaru, kedai kopi tradisional atau kopitiam dijangka menaikkan harga minuman mereka sebanyak 60 sen bermula tahun baru.


Memetik laporan Malay Mail, Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura, Wong Teu Hoon berkata purata kenaikan harga adalah antara 20 hingga 60 sen, bergantung kepada lokasi kedai itu.


Menurutnya, harga akan meningkat 20-30 sen di luar bandar dan 40-60 sen di bandar, Wong juga menjelaskan bahawa harga baru itu adalah untuk membantu pemilik kedai kopi menguruskan kos operasi mereka yang semakin meningkat dan mendakwa mereka tidak akan mendapat banyak keuntungan daripada pelarasan harga itu.


“Baru-baru ini, banyak perkara menjadi lebih mahal — daripada susu pekat dan susu sejat yang diperlukan untuk membuat kopi atau teh, kepada gaji pekerja, sewa dan gas memasak,” katanya lagi.


Menurut Wong, pemilik kedai kopi hanya memperoleh RM20 jika menjual 100 cawan kopi sehari, walaupun harga secawan naik 20 sen.


Wong yang juga presiden Persatuan Kedai Kopi Melaka, mendakwa kebanyakan kedai kopi di negeri ini tidak menaikkan harganya sejak enam tahun lalu walaupun terdapat kenaikan sewa, caj utiliti dan kenaikan gaji pekerja. “Kali ini, kami benar-benar terpaksa menaikkan harga. Kebanyakan perniagaan bersetuju untuk mula melaraskan harga minuman mulai 1 Januari,” katanya.



Sumber: Malay Mail





28 views0 comments