- shafika9
Harga iPhone 13 Telah Mula Didedahkan, Bagi Nak Pra-Tempah Akan Mula Pada 1 Oktober Ini
Para peminat iPhone, dah boleh bersedia untuk pra tempah pada 1 Oktober ini ya.

Kredit foto: GearRXN
Baru saja semalam, Apple telah mengumumkan siri iPhone 13 dan harga secara rasmi di seluruh dunia dan juga harga pasaran di Malaysia. iPhone 13 akan tersedia secara pra tempahan terlebih dahulu yang akan bermula pada 1 Oktober 2021 di Malaysia. Manakala, bagi model iPhone 13 yang tersedia sama saja seperti generasi iPhone yang terdahulu dengan merangkumi model iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, dan iPhone 13 Pro Max.
Bagi pembelian untuk iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max kini mempunyai pilihan simpanan yang lebih tinggi sehingga boleh menyimpan sebanyak 1TB, tapi cuma pilihan asas yang korang boleh pilih 128 GB sahaja. Kalau korang inginkan saiz simpanan yang lebih besar untuk sebuah peranti, maka kena berbelanja lebih lagi. Kalau korang rasa 128 GB sudah mencukupi, maka hanya perlu bayar dengan kadar yang sama seperti tahun lepas juga.
Ini merupakan senarai setiap model iPhone 13 dengan harga yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia:-
iPhone 13 mini - 5.4” Inci
128 GB - RM 3,399
256 GB - RM 3,899
512 GB - RM 4,799
iPhone 13 - 6.1” Inci
128 GB - RM 3,899
256 GB - RM 4,399
512 GB - RM 5,299
iPhone 13 Pro - 6.1” Inci
128 GB - RM 4,899
256 GB - RM 5,399
512 GB - RM 6,299
1TB - RM 7,199
iPhone 13 Pro Max - 6.7” Inci
128 GB - RM 5,299
256 GB - RM 5,799
512 GB - RM 6,699
1TB - RM 7,599
Bagi untuk iPhone 13 Pro dan Pro Max terdapat pilihan warna baru pada model kali ini, seperti Sierra Blue, Silver, Gold dan Graphite. Harga untuk setiap pilihan simpanan tetap tidak ada perubahan sangat dengan model yang terdahulu. Jadi bagaimana korang, ada yang dah fikir ke nak pilih model mana kali ini ? pastikan pilih yang bersesuaian dengan bajet korang, kalau beli terlalu mahal sangat nanti dah tiada duit untuk nak makan. Bak kata orang, bijak berbelanja banyak berjimat.
Sumber artikel asal dari Soya Cincau