• shafika9

Harga Bagi iPhone 13 Dijangkakan Lebih Mahal Lagi ?

Pengguna jenama Apple dah bersedia untuk membeli iPhone 13 nanti ?

Kredit foto: India TV News


Siapa saja yang tidak mengenali syarikat gergasi teknologi dari Amerika Syarikat ini ? Apple Inc bakal mendedahkan telefon pintar iPhone yang paling mahal pada tahun ini. Menurut dari sumber Lapor The Sun, harga model iPhone 13 kemungkinan besar lebih mahal berbanding mana-mana telefon pintar yang ada di pasaran pada masa kini.


Terdapat satu lagi laporan, kenaikan harga ini dipercayai pengeluar cip Apple, TSMC terpaksa menaikkan harga sebanyak 20 peratus terhadap proses teknologinya. Kos itu berpotensi dipindahkan kepada pengguna yang membeli telefon pintar berkenaan.


Pada sementara itu, seorang penganalisi CCS Insight, Ben Wood berkata syarikat itu mungkin tidak akan menjual jenama iPhone pada harga yang tinggi. “Apple cuba utnuk menetapkan harga yang lebih rendah bagi model baharu iPhone dalam pengiklanan dengan menawarkan pelan pertukaran menarik kepada pelanggannya.


“Turut tawaran menarik kepada pelanggan untuk menukar iPhone sedia ada dengan membeli model baharu,” katanya.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


3 views0 comments