• Jonathan Shiek

“Harap Naga Tasik Chini Bangun..” Sara Ali Zahirkan Rasa Kecewa Khazanah Alam Dimusnahkan

Pelakon Sara Ali dalam sebuah hantaran di Instagramnya ada mengimbau kenangan lewat zaman kanak-kanaknya yang pernah menikmati keindahan lanskap Tasik Chini yang kini sudah musnah kerana sikap tamak manusia menggondol hasil hutan.

Ujar Sara, dia berasa terkejut dan sangat sedih melihat keadaan terkini pusat pelancongan terkenal yang terletak di Pekan, Pahang itu.


View this post on Instagram

A post shared by Sara Ali 🇲🇾 (@therealsaraali)


Melihat kemusnahan seperti itu membuatkan dirinya sangat terkilan kerana generasi yang akan datang pastinya tidak berpeluang untuk melihat keindahan Tasik Chini.

Beliau yang juga mempunyai saudara-mara yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini percaya kemusnahan yang berlaku pada alam pada ketika ini perlu ‘dibayar’ oleh manusia sendiri pada masa akan datang.

“Tidak mustahil Tasik Chini hanya tinggal pada nama sahaja suatu hari nanti jika kemusnahan terus berlaku..” ujarnya lagi.

#saraali #tasikchini

0 views0 comments