• Syaziyah Md Sharif

Haqiem Rusli Bakal Tamatkan Zaman Bujang 19 November Ini

Tahniah Haqiem Rusli, semoga semuanya berjalan lancar!

Kredit Foto: Instagram @haqiemrusli98_

Penyanyi muda yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair Haqiem Rusli, membuat pengumuman yang dia akan berkahwin pada 19 November ini.


Perkara itu diumumkan ketika dia menerima Anugerah Penyanyi Popular Xiaomi Malaysia di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-34 baru-baru ini.

Penyanyi lagu 'Mimpi' itu juga meminta semua mendoakan kelancaran majlis tersebut dan setakat ini Haqiem Rusli masih belum mendedahkan identiti bakal isterinya tersebut.


Sebagai info, penyanyi berusia 23 tahun itu berjaya mengekalkan kemenangannya pada tahun lepas dalam kategori sama dan ini bermakna dia berjaya menggenggam anugerah tersebut sebanyak dua kali berturut-turut.



Sumber: Instagram HotFm

8 views0 comments