• shafika9

Hanya Tinggal 1.6 Peratus Lagi Untuk Capai 90 Peratus Vaksinasi

Korang dah bersedia untuk rentas negeri ?

Kredit foto: Utusan Malaysia


Masih berbaki 1.6 peratus untuk mencapai kadar lengkap 90 peratus vaksinasi COVID-19 populasi dewasa apabila semalam merekodkan jumlah 88.4 peratus. Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran awal bahawa sasaran 90 peratus boleh dicapai dalam minggu ini seperti menepati hasrat kerajaan untuk membenarkan rentas negeri jika tercapai.


Menurut laman CovidNow, sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah mula lengkap menerima vaksin COVID-19. Selain itu, 94.5 peratus sekurang-kurangnya satu dos.


Pada sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


5 views0 comments