• Jonathan Shiek

Hanya Kerana Gelandangan Tidak Memakai Pelitup Muka, Polis Kompaun RM 2,000

Terbaharu, kecoh diruangan media sosial diman seorang pengguna Twitter ini @elfucir yang berkongsi sebuah video di mana gelandangan di salah sebuah tempat di Malaysia yang dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000 hanya kerana mereka tak memakai pelitu muka. Persoalannya di sini, bagaimana mereka ingin melunaskan pembayaran kompaun tersebut kerana ada diantara mereka yang kehilangan pekerjaan dan kesusahan hidup yang lain ?.

Polis dan bodo depa memang takleh bawa bincang mat. Gelandangan nak bayar saman pakai apa ha anak sial? pic.twitter.com/vxjZKZX3qC — /ˈluːsɪfə/ 🏴 (@elfucir) July 22, 2021

Para netizen yang melihat video pendek tersebut, ada yang marah malah tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut. Ini kerana kompaun tersebut tak sepatutnya diberikan terhadap golongan berkenaan. Ada netizen berpendapat, kalau gelandangan ini boleh menjelaskan RM 2,000, sudah pastinya mereka tidak digelarkan gelandangan.


Dipercayai lokasi kejadian ini berlaku di Pudu, Kuala Lumpur dan tempat tersebut sememangnya kerap menjadi pilihan gelandangan untuk tidur secara beramai-ramai.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments