• Jonathan Shiek

Hanya Ingin Lakukan Kandungan TikTok, Remaja Ini Tersekat Dalam Buaian Bayi

Trend TikTok ini bukanlah sesuatu yang baru lagi pada masa kini. Ia menjadi satu kelaziman buat anak remaja mahupun golongan dewasa juga suka trend semasa seperti TikTok untuk menunjukkan aksi, tarian dan pelbagai lagi kepada dunia alam maya.

Begitulah juga yang terjadi pada seorang golongan remaja ini, hanya kerana ingin melakukan video TikTok telah mendorong remaja berkenaan untuk mencuba permainan buaian bayi di taman permainan sehingga tersekat. 

Disebabkan perkara tersebut, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melaporkan insiden remaja tersekat dalam buaian di taman permainan sehingga memaksa buaian itu dipotong. 

Menurut pihak bomba, “perkara ini amat menjengkelkan untuk dilakukan. Kami ada banyak lagi perkara lebih penting yang perlu dilakukan daripada memotong buaian untuk mengeluarkan remaja yang tersekat. Mungkin ketika kami mengeluarkan mereka, kebakaran sebuah rumah mungkin turut berlaku yang boleh membunuh orang lain” ujarnya.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland adalah negara paling banyak menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden seperti ini. Ia boleh mencecah 98 panggilan berbanding 48 panggilan pada tahun lepas. Diikuti Jabatan Bomba London mencatatkan 52 panggilan kecemasan berbanding 32 panggilan pada tahun lepas.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments