Jonathan Shiek
Hantar Barang Kecil Dalam Kotak Besar, Amazon Buat Masalah
Pelik sememangnya pelik, terdapat seorang pensyarah mengkritik tindakan Amazon yang menghantar pesanan lima paket biji lobak merah di dalam kotak besar. Pensyarah politik dari University of Kingston di London, Dr Robin Pettit meluahkan rasa kurang puas hati di Twitternya.
Hi @amazon, I appreciate good packaging as much as anyone, but this is perhaps a little excessive (although, once shredded the compost will be delighted). pic.twitter.com/vKgHjFP5qC — Dr Robin Pettitt (@RobinPettitt) March 23, 2021
Ini mungkin pengalaman terbaru buat Robin apabila dihantar dengan kotak besar, walhal barang berkenaan kecil sahaja. Sebelum ini, ada seorang pelanggan Amazon turut mengalami situasi sama cuma berbeza sedikit. Apabila barang dipesan ialan bateri kecil tapi dihantar dalam kotak kasut. Bagaimana itu ? pelik bukan ?
Rasanya Amazon atau dikenali sebagai peruncit atas talian perlu menghentikan penggunaan kotak kadbod besar untuk menghantar barang-barang kecil ini.
Sumber artikel asal dari Astro Awani