• Jonathan Shiek

Hannah Delisha Selamat Benikah Selepas Lima Tahun Bercinta

Selepas lima tahun bercinta akhirnya pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Hannah Delisha memilih bintang dari Singapura, Imam Shah sebagai suami.

Hannah dan Imam disatukan dalam ikatan suami isteri dalam majlis akad nikah yang diadakan di Singapura semalam.

Pelakon filem kecil molek itu mengejutkan ramai dengan berkongsi foto berpakaian pengantin di sisi suaminya dalam sebuah posting di Instagram.

“Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulisnya diruangan kapsyen.

Sementara itu, Imam pula menerusi IG turut memuat naik foto sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon itu.

Imam memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis perkahwinannya dengan Hannah berjalan lancar.

“Selalu bersama awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” tulisnya dalam posting berkenaan.

Ketika ini, syarikat pengurusan Hannah memaklumkan kenyataan rasmi akan menyusul tidak lama lagi dan difahamkan, majlis akad nikah Hannah dan Imam hanya dihadiri keluarga terdekat.

Hannah dan Imam dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta ketika berlakon bersama di Singapura.

#hannahdelisha

0 views0 comments