• Syaziyah Md Sharif

Hampir Separuh Menteri Kabinet Belanda Diterajui Oleh Wanita

Ia bakal menampilkan 29 portfolio di mana 14 daripadanya disandang oleh wanita

Kredit Foto: Saudi Gazette

Kabinet keempat Perdana Menteri Belanda Mark Rutte, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 10 Januari, akan menampilkan 29 portfolio, 14 daripadanya akan disandang oleh wanita.


Nama dan jawatan anggota Kabinet diumumkan pada hari Ahad oleh empat parti yang membentuk kerajaan campuran diterajui oleh Rutte.


Dilan Yesilgöz-Zegerius, dilahirkan di Ankara, Turki akan menjadi menteri kehakiman dan keselamatan, dia yang berusia 43 tahun itu datang ke Belanda dan telah dicalonkan oleh Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD) yang berhaluan tengah di bawah pimpinan Rutte.


Pemimpin berusia 43 tahun itu yang berhijrah ke Belanda telah dicalonkan oleh Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (VVD) pimpinan Rutte.


Menteri Dalam Negeri, Kajsa Ollongren pula akan menjadi menteri pertahanan yang baharu.

Ahli politik Parti Kristian Demokratik, Wopke Hoekstra akan memegang portfolio menteri luar yang baharu.


Jawatan beliau sebelum ini sebagai menteri kewangan akan diserahkan kepada bekas menteri luar, Sigrid Kaag daripada parti D66.


Sebelum ini, Kaag meletak jawatan selepas pengunduran tentera Belanda dari Afghanistan pada September tahun lalu.


Selepas rundingan gabungan paling lama dalam sejarah Belanda, empat parti utama bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan campuran pada bulan lalu.




Sumber: Saudi Gazette

7 views0 comments