• shafika9

Hamilton Berjaya Meraih Kemenangan Yang Ke-100 Di Rusia

Hamilton berjaya menawan GP Rusia sekaligus menjadikan kemenangan ke-100 dalam kariernya

Kredit foto: Al Jazeera


Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Russia buat ke-100 untuk rekod peribadinya pada saingan Formula satu (F1) pada hari semalam. Juara dunia tujuh kali itu, berjaya menundukkan Lando Norris pemandu dari pasukan McLaren yang pada awalnya, Norris mendahului perlumbaan tersebut. Tapi disebabkan hujan pada penghujung perlumbaan, Norris berdegil dan melanggar arahan pasukan telah mengundang padah dengan hanya menamatkan saingan di tempat kelapan di Litar Sochi.


Tindakan bijak dari pelumba Mercedes, Lewis Hamilton yang memasuki pit hentian untuk menukar tayar ketika hujan mula turun pada penghujung perlumbaan dapat memberikan kelebihan kepadanya untuk menjuarai Grand Prix (GP) Rusia pada musim ini. Kejayaan tersebut menyaksikan Hamilton meraih kemenangan Grand Prix ke-100 dalam karier hidupnya sekaligus dapat meraih pungutan sebanyak 246.5 mata meninggalkan pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen dengan perbezaan dua mata.


“Terima kasih kepada pasukan, saya tidak pasti untuk meraih kemenangan yang ke 100 pada hari ini kerana Norris tampil dengan prestasi yang sangat cemerlang pada perlumbaan. Tapi pasukan membuat keputusan yang tepat untuk membawa saya masuk ke pit bagi menukar tayar. Sukar bagi saya untuk mengejar Norris jika tanpa hujan pada penghujung perlumbaan,” kata Hamilton.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


9 views0 comments