• Jonathan Shiek

Hadiahkan Ayah Anda Barangan Daripada LUSH Sempena Hari Bapa!

Hari bapa adalah hari dimana anda dapat meluahkan rasa sayang dan memberikan ucapan terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang telah mereka limpahkan kepada kita.

Apa kata tahun ini anda berikan hadiah yang bukan sahaja dapat menggembirakan hati ayah anda tetapi juga dapat menjaga keterampilannya?

Hadiah-hadiah ini bukan sahaja untuk bapa anda, malah anda juga boleh berikan hadiah ini kepada suami, atuk ataupun bakal ayah kepada anak-anak anda…eh?

Bagi koleksi Hari Bapa kali ini, LUSH mengeluarkan beberapa set yang sangat sesuai dijadikan hadiah;

ROCKET MAN

Inspirasi untuk set hadiah ini adalah permainan retro, sesuatu yang akan mengingatkan permainan zaman kanak-kanak!

Bungkusan yang menyeronokkan ini juga boleh digunakan semula! Best!

Dalam set ini terdapat: Intergalactic Bath Bomb, Dirty Springwash Shower Gel, Dirty Bath Bomb

RAD DAD

Set hadiah ini pula mempunyai dua jenis produk yang dapat menyegarkan dan membersihkan wajah serta badan!

Inspirasi untuk reka bentuk hadiah ini pula berasal dari corak tahun 70-an, yang mempunyai warna terang dan reka bentuk yang groovy.

Dalam set ini terdapat: Rad Dad Shower Gel, Ocean Salt Face dan Body Scrub

OUTBACK MATE SOAP DISH SET

Set ini pula sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu memaparkan sabun Lush mereka dalam bekas sabun yang mempunyai bentuk unik!

Dalam set ini terdapat: Outback Mate Soap dan bekas sabun

Selamat Hari Bapa!

0 views0 comments